..:: Its About My Life ::..

Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you.

HIDAYAH ALLAH

Syukur alhamdulillah.Semalam adalah hari yang paling bermakna dalam hidupku. Semalam juga hari kemenangan bagi aku dan umat muslim secara keseluruhan. Di saat umat Islam di landa krisis identiti dan bencana murtad, aku telah menyaksikan seorang hamba Allah mengucapkan dua kalimah syahdah. Hamba Allah ini adalah rakan sekampung sejak dari kecil. Kami satu rumah panjang di Sarawak. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha isteri tersayang membantu usaha dakwahku. Setelah bertahun memeluk agama Islam yang indah ini, aku hampir menitiskan air mata apabila rakan sepermainanku mengaku bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan mengaku bahawa nabi Muhamad itu rasul Allah.Bersaksikan seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor  serta dihadiri oleh beberapa saudara baru yang lain rakanku ini telah memeluk Islam. Aku sangat terharu. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah dan petunjuk kepada hamba yang dipilihNya. Aku bertekad dalam hati untuk mengukuhkan Islam ku dan keluargaku. Aku bertekad untuk meneruskan usaha dakwah selepas ini. Aku menanam azam yang kuat untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Semoga Allah s.w.t memberi hidayah dan menganugerahkan keampunan ke atas dosa-doas kita semua. Aminn!

Apa-apa ntah!

Hahaha..aku tak tau nak tulis apa ari ni. Ingatkan nak mengarang cerpen. Idea tak mari le pulok! Selalunya tengah tension macam ni idea aku melimpah ruah. Tension sebab masa cuti kena datang bertugas kat sekolah. Meeting je tiap-tiap hari. Rasa macam nak muntah pun ada. Hehe..apa bolehh buat dah tugas…hehe. Berkhidmat Untuk Negara le katakan! Kui..kui…uweekkk!

Berbalik pada kisah aku nak tulih cerpen tadi. Dah banyak jugak aku karang tapi tak publish….hehehe. Wife aku je yang baca….
" Tak best langsung. Kalau Ramlee Awang Murshid baca cerpen Abang ni…maunya dia tergolek-golek gelak" Kata isteri ku suatu hari. Merah padam muka beliau menahan rasa nak tergelak. Ceh! hampeh betul. Bukan main susah lagi aku memerah otak. Itu je komen dia.
Pedih juga hati aku menerima kata-kata ‘motivasi’ tersebut. Tapi tak apa….esok aku akan terus menulis…hehehehe…

Ni haa….salah satu contoh cerpen merapu aku………

"Ahh…kalau setakat masuk Islam kerana perempuan tu tak payahlah" 
sindir
Yusri sambil menghentak meja dengan helaian-helaian kerta A4nya.
Hentakkannya yang agak kuat itu menghasilkan bunyi yang bederap.
Beberapa orang guru yang berhampiran tersentak. Yusri terpinga. Dia
tidak menyangka perbuatan nya tadi mengundang perhatian rakan sekerja.
Cepat-cepat dia memaniskan muka.
 
"Eh, sori
tak sengaja….haha". Dia sengaja berlagak selamba. Walid masih
membatu. Dia sedar kemarahan Yusri ditujukan khusus untuknya. Sejak
akhir-akhir ini, sikap permusuhan Yusri semakin ketara. Yusri sentiasa
mencari jalan menimbulkan krisis dengannya. Walid sedar semua itu. Buat
masa ini, dia bertindak memerhati dan tengok setakat mana bersungguhnya
Yusri. Kalau bukan kerana menghormati agam Islam yang baru dianutinya
itu, orang yang semacam Yusri itu dah lama dikeronyoknya. Walid masih
ada pertimbangan. Tuduhan Yusri yang agak keterlaluan itu bagaikan bara
api menyelar ke mukanya. Walid hanya mengertap bibir menahan kemarahan.
Buku-buku latihan murid yang sejak tadi ditatapnya hanya sekadar
ternganga tanpa diperiksa. " Yusri…."(sambungle pulok!!! heheh)

Haa..ni web aku…tapi dah lama tak update…

http://debak.wetpaint.com/

Selamat Hari Lahir… sayang

"SELAMAT HARI LAHIR KE 28 "

Love
buat yang tersayang, isteri tercinta…. Zuraidah.
Semoga dipanjangkan umur, dikurniakaan kesenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik…dan moga dimurahkan rezeki rumahtangga kita bersama… Amin.

Birthdaycake_2_1Ever
since…
I
got you…
As
my soul mate…
My
life became worth living…
You
make a wonderful wife…

You
make
All
my days beautiful…
You
make
My
world bloom with joy…

Honey,
it’s you
Who
make me complete…
Wish
you always find
Incessant
happiness…

Happy Birthday, Sweetheart
!

 


Kau Isteri ku ….

Mogaberkekalan

Buat isteri tercinta…

 

Zuraidah binti Rasti @ Apandi
"Semoga mahligai yang kita bina ini berkekalan dan berbahagia buat selamanya."


Permata (Untuk Isteri Ku)


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyiBerinai
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku