Apa-apa ntah!
Hahaha..aku tak tau nak tulis apa ari ni. Ingatkan nak mengarang cerpen. Idea tak mari le pulok! Selalunya tengah tension macam ni idea aku melimpah ruah. Tension sebab masa cuti kena datang bertugas kat sekolah. Meeting je tiap-tiap hari. Rasa macam nak muntah pun ada. Hehe..apa bolehh buat dah tugas…hehe. Berkhidmat Untuk Negara le katakan! Kui..kui…uweekkk!
Berbalik pada kisah aku nak tulih cerpen tadi. Dah banyak jugak aku karang tapi tak publish….hehehe. Wife aku je yang baca….
" Tak best langsung. Kalau Ramlee Awang Murshid baca cerpen Abang ni…maunya dia tergolek-golek gelak" Kata isteri ku suatu hari. Merah padam muka beliau menahan rasa nak tergelak. Ceh! hampeh betul. Bukan main susah lagi aku memerah otak. Itu je komen dia.
Pedih juga hati aku menerima kata-kata ‘motivasi’ tersebut. Tapi tak apa….esok aku akan terus menulis…hehehehe…
Ni haa….salah satu contoh cerpen merapu aku………
Yusri sambil menghentak meja dengan helaian-helaian kerta A4nya.
Hentakkannya yang agak kuat itu menghasilkan bunyi yang bederap.
Beberapa orang guru yang berhampiran tersentak. Yusri terpinga. Dia
tidak menyangka perbuatan nya tadi mengundang perhatian rakan sekerja.
Cepat-cepat dia memaniskan muka.
tak sengaja….haha". Dia sengaja berlagak selamba. Walid masih
membatu. Dia sedar kemarahan Yusri ditujukan khusus untuknya. Sejak
akhir-akhir ini, sikap permusuhan Yusri semakin ketara. Yusri sentiasa
mencari jalan menimbulkan krisis dengannya. Walid sedar semua itu. Buat
masa ini, dia bertindak memerhati dan tengok setakat mana bersungguhnya
Yusri. Kalau bukan kerana menghormati agam Islam yang baru dianutinya
itu, orang yang semacam Yusri itu dah lama dikeronyoknya. Walid masih
ada pertimbangan. Tuduhan Yusri yang agak keterlaluan itu bagaikan bara
api menyelar ke mukanya. Walid hanya mengertap bibir menahan kemarahan.
Buku-buku latihan murid yang sejak tadi ditatapnya hanya sekadar
ternganga tanpa diperiksa. " Yusri…."(sambungle pulok!!! heheh)
Haa..ni web aku…tapi dah lama tak update…